Monday, May 05, 2008

9 mimpi Rasulullah SAW.

Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya
aku telah mengalami mimpi-mimpi yang
menakjubkan pada malam aku sebelum di
Israqkan."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah
didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg
amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,
maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu
disebabkan oleh KETAATAN DAN
KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA
IBUBAPANYA.


2. Aku melihat seorang dari umatku telah
disediakan azab kubur yang amat menyiksakan,
maka ia telah diselamatkan oleh berkat
WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang
dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis
lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat
ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan
rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam
yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai
tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi
SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK
MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari
seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat
berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga
dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah
pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA
ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa
puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati
kumpulan para nabi yang sedang duduk
berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia
akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB
DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil
memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk
disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di
dalam keadan gelap gelita disekelilingnya,
sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung,
maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA
YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu
mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat
yang terang-menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan
golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun
membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT
SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA
BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu
menyeru kepada mereka agar menyambut
bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis
percikan api ke mukannya, maka segeralah
menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS
KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan
kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH
SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA
UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN
SEPOTONG AYAT" Jangan terlalu fikirkan esok
hari yang kita sendiri tak pasti samaada kita
masih bernafas lagi atau tidak. Jangan difikirkan
peristiwa lampau yg takkan dapat mengubah apa2
keadaan pun. Fikirlah apa yg kita hendak buat
sekarang. Dan pasti kan apa yg kita buat utk hari
ini adalah yg terbaik. Kerana perkara yg terbaik
kita buat hari ini akan menghasilkan keputusan yg
baik utk esok. Yang seterusnya menjadi kenangan
manis untuk kita pada masa akan datang."